• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Pentingnya subjek sejarah dan tamadun bangsa sebagai wasilah pembentukan sikap dan jati diri dalam sistem pendidikan negara

    Thumbnail
    View/Open
    Pentingnya Subjek Sejarah Dan Tamadun Bangsa Sebagai Wasilah Pembentukan Sikap Dan Jati Diri Dalam Sistem Pendidikan Negara.pdf (134.6Kb)
    Date
    2010-03-29
    Author
    Norsiah, Sulaiman
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menjelaskan betapa pentingnya pengkajian terhadap sejarah dan tamadun bangsa bagi membina dan menanamkan sikap positif dan jati diri sesuatu bangsa. Juga menunjukkan pentingnya kajian sejarah dan tamadun bangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai wasilah bagi membina sikap dan memantapkan jati diri bangsa Melayu. Kertas kerja ini akan diperteguh oleh satu soal selidik yang dikemukakan kepada beberapa kumpulan pelajar yang dipilih secara rawak, mereka terdiri daripada dua aliran pendidikan. Aliran sains seramai 154 orang atau 77.0% dan aliran bukan sains seramai 46 orang atau 23.0 %. Bagi melihat persepsi mereka tentang pentingnya subjek ini dalam sistem pendidikan di Malaysia, beberapa soalan telah diajukan, soalan-soalan ini sudah diuji tentang ke relevanan nya berdasarkan pengalaman mereka di sepanjang sesi persekolahan dan bidang pendidikan yang diikuti. Antara persoalan yang menjadi tumpuan adalah, kekuatan subjek dalam pembinaan sikap positif dalam diri (i), ketahanannya dalam memperteguh jati diri (ii) dan seterusnya memangkinkan kebangkitan bangsa (iii) dan memupuk idealisme perjuangan (iv) dalam mencapai wawasan yang lebih futuristik (v).Kaji selidik dianalisis dengan menggunakan sistem “Statistical Package For The Social Sciences” atau (SPSS). Setelah data dianalisis; didapati (i) seramai 58 orang atau 29.6% pelajar menyatakan sangat setuju, 117 orang atau 59.7% bersetuju,; keseluruhan 89.3%. (ii) didapati seramai 58 orang atau 29.0% sangat setuju, manakala 123 orang atau 61.5% pelajar bersetuju; keseluruhan 90.5%. (iii) Kajian mendapati 47 orang atau 23.9% amat setuju, selebihnya 120 orang atau 60.9% bersetuju, keseluruhan: 84.8%. (iv) Seramai 102 orang atau 51.0% amat bersetuju dan selebihnya 86 orang atau 43.0% bersetuju; keseluruhannya 94.0% . (v) seramai 52 responden atau 26.4% sangat bersetuju bahawa penghayatan terhadap subjek ini membenih wawasan yang lebih futuristik dan, 100 orang atau 50.8% bersetuju dengan frasa ini. Keseluruhan 77.2%. Responden memberikan cadangan untuk memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang lebih efisien dan tidak membosankan. Berdasarkan keseluruhan kajian, penulis telah mendapati maklum balas yang baik daripada responden. Didapati subjek sejarah dan tamadun masih diminati dan mereka bersetuju subjek ini diteruskan sebagai subjek teras dalam sistem pendidikan negara sedia ada.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/7949
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback