Pentingnya subjek sejarah dan tamadun bangsa sebagai wasilah pembentukan sikap dan jati diri dalam sistem pendidikan negara
Abstract
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menjelaskan betapa pentingnya pengkajian terhadap sejarah dan tamadun
bangsa bagi membina dan menanamkan sikap positif dan jati diri sesuatu bangsa. Juga menunjukkan pentingnya
kajian sejarah dan tamadun bangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai wasilah bagi membina sikap
dan memantapkan jati diri bangsa Melayu. Kertas kerja ini akan diperteguh oleh satu soal selidik yang
dikemukakan kepada beberapa kumpulan pelajar yang dipilih secara rawak, mereka terdiri daripada dua aliran
pendidikan. Aliran sains seramai 154 orang atau 77.0% dan aliran bukan sains seramai 46 orang atau 23.0 %.
Bagi melihat persepsi mereka tentang pentingnya subjek ini dalam sistem pendidikan di Malaysia, beberapa
soalan telah diajukan, soalan-soalan ini sudah diuji tentang ke relevanan nya berdasarkan pengalaman mereka di
sepanjang sesi persekolahan dan bidang pendidikan yang diikuti. Antara persoalan yang menjadi tumpuan
adalah, kekuatan subjek dalam pembinaan sikap positif dalam diri (i), ketahanannya dalam memperteguh jati diri
(ii) dan seterusnya memangkinkan kebangkitan bangsa (iii) dan memupuk idealisme perjuangan (iv) dalam
mencapai wawasan yang lebih futuristik (v).Kaji selidik dianalisis dengan menggunakan sistem “Statistical
Package For The Social Sciences” atau (SPSS). Setelah data dianalisis; didapati (i) seramai 58 orang atau 29.6%
pelajar menyatakan sangat setuju, 117 orang atau 59.7% bersetuju,; keseluruhan 89.3%. (ii) didapati seramai 58
orang atau 29.0% sangat setuju, manakala 123 orang atau 61.5% pelajar bersetuju; keseluruhan 90.5%. (iii)
Kajian mendapati 47 orang atau 23.9% amat setuju, selebihnya 120 orang atau 60.9% bersetuju, keseluruhan:
84.8%. (iv) Seramai 102 orang atau 51.0% amat bersetuju dan selebihnya 86 orang atau 43.0% bersetuju;
keseluruhannya 94.0% . (v) seramai 52 responden atau 26.4% sangat bersetuju bahawa penghayatan terhadap
subjek ini membenih wawasan yang lebih futuristik dan, 100 orang atau 50.8% bersetuju dengan frasa ini.
Keseluruhan 77.2%. Responden memberikan cadangan untuk memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P & P) yang lebih efisien dan tidak membosankan. Berdasarkan keseluruhan kajian, penulis telah mendapati
maklum balas yang baik daripada responden. Didapati subjek sejarah dan tamadun masih diminati dan mereka
bersetuju subjek ini diteruskan sebagai subjek teras dalam sistem pendidikan negara sedia ada.
Collections
- Conference Papers [2599]