Show simple item record

dc.contributor.authorNorsiah, Sulaiman
dc.date.accessioned2010-05-01T14:33:59Z
dc.date.available2010-05-01T14:33:59Z
dc.date.issued2010-03-29
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/7949
dc.descriptionSeminar berlangsung pada 29 - 31 Mac 2010 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis.en_US
dc.description.abstractKertas kerja ini adalah bertujuan untuk menjelaskan betapa pentingnya pengkajian terhadap sejarah dan tamadun bangsa bagi membina dan menanamkan sikap positif dan jati diri sesuatu bangsa. Juga menunjukkan pentingnya kajian sejarah dan tamadun bangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai wasilah bagi membina sikap dan memantapkan jati diri bangsa Melayu. Kertas kerja ini akan diperteguh oleh satu soal selidik yang dikemukakan kepada beberapa kumpulan pelajar yang dipilih secara rawak, mereka terdiri daripada dua aliran pendidikan. Aliran sains seramai 154 orang atau 77.0% dan aliran bukan sains seramai 46 orang atau 23.0 %. Bagi melihat persepsi mereka tentang pentingnya subjek ini dalam sistem pendidikan di Malaysia, beberapa soalan telah diajukan, soalan-soalan ini sudah diuji tentang ke relevanan nya berdasarkan pengalaman mereka di sepanjang sesi persekolahan dan bidang pendidikan yang diikuti. Antara persoalan yang menjadi tumpuan adalah, kekuatan subjek dalam pembinaan sikap positif dalam diri (i), ketahanannya dalam memperteguh jati diri (ii) dan seterusnya memangkinkan kebangkitan bangsa (iii) dan memupuk idealisme perjuangan (iv) dalam mencapai wawasan yang lebih futuristik (v).Kaji selidik dianalisis dengan menggunakan sistem “Statistical Package For The Social Sciences” atau (SPSS). Setelah data dianalisis; didapati (i) seramai 58 orang atau 29.6% pelajar menyatakan sangat setuju, 117 orang atau 59.7% bersetuju,; keseluruhan 89.3%. (ii) didapati seramai 58 orang atau 29.0% sangat setuju, manakala 123 orang atau 61.5% pelajar bersetuju; keseluruhan 90.5%. (iii) Kajian mendapati 47 orang atau 23.9% amat setuju, selebihnya 120 orang atau 60.9% bersetuju, keseluruhan: 84.8%. (iv) Seramai 102 orang atau 51.0% amat bersetuju dan selebihnya 86 orang atau 43.0% bersetuju; keseluruhannya 94.0% . (v) seramai 52 responden atau 26.4% sangat bersetuju bahawa penghayatan terhadap subjek ini membenih wawasan yang lebih futuristik dan, 100 orang atau 50.8% bersetuju dengan frasa ini. Keseluruhan 77.2%. Responden memberikan cadangan untuk memperkasa kaedah pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang lebih efisien dan tidak membosankan. Berdasarkan keseluruhan kajian, penulis telah mendapati maklum balas yang baik daripada responden. Didapati subjek sejarah dan tamadun masih diminati dan mereka bersetuju subjek ini diteruskan sebagai subjek teras dalam sistem pendidikan negara sedia ada.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010en_US
dc.subjectPentingnya subjek sejarah dan tamadunen_US
dc.subjectWasilah memperteguh sikap jati dirien_US
dc.subjectMemangkinkan kebangkitanen_US
dc.subjectMemupuk idealisme perjuangan bangsaen_US
dc.subjectSistem pendidikan negaraen_US
dc.subjectSeminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)en_US
dc.subjectPendidikanen_US
dc.subjectMelayuen_US
dc.titlePentingnya subjek sejarah dan tamadun bangsa sebagai wasilah pembentukan sikap dan jati diri dalam sistem pendidikan negaraen_US
dc.typeWorking Paperen_US
dc.contributor.urlnorsiah.sulaiman@yahoo.comen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record