Variasi bahasa istana satu legasi masyarakat Malaysia
Abstract
Bahasa istana merupakan kelainan kebahasaan daripada bahasa biasa dalam
kalangan masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat majmuk di Malaysia.
Bahasa istana dipilih oleh pembentang kerana perbezaan sistem tatabahasa, makna
bahasa, sebutan, ungkapan, kosa kata dan kata ganti nama diri dalam perhubungan
kebahasaan antara kerabat diraja dengan rakyat. Pembentangan tentang bahasa
istana dari sudut sosiolinguistik jarang malah kurang bahan rujukan untuk generasi
masa depan di samping itu, pembentang mengemukakan bahasa istana sebagai alat
komunikasi dalam sistem masyarakat di Malaysia yang meliputi sistem sosial dan
sistem nilai. Pembentang menggunakan ruang dan peluang untuk mengenal pasti
dan memperjelas, menghurai dan membincangkan variasi bahasa istana dari aspek
fungsi, penggunaan kata sapaan dan sebutan. Kebanyakan penutur yang terdiri
daripada masyarakat majmuk tidak memahami makna dan menggunakan bahasa
dengan betul ketika komunikasi. Pembentang menyedari bahawa usaha
mendokumentasikan bahasa istana secara ilmiah tidak dilakukan. Apalagi dasar
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar dalam sistem pendidikan
kebangsaan tidak menjadikan bahasa istana sebagai bahan pengajian dalam
kurikulumnya. Malah tiada usaha mempelajari dan memberikan kesedaran tentang
bahasa istana sebagai warisan bangsa untuk generasi akan datang dan lamakelamaan
bahasa istana dipinggirkan. Dengan demikian, pembentangan makalah
menjadi titik gerak merancang dan memfokuskan bahasa istana merupakan satu
legasi masyarakat Malaysia.
Collections
- Conference Papers [2600]