Pendapatan bulanan graduan 2021 mengikut peringkat pengajian dan jenis IPT
View/ Open
Date
2022Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Sebanyak 59.8 peratus graduan PhD berada dalam julat pendapatan bulanan RM5,001 – RM10,000,
diikuti 10.6 peratus (227 graduan) dalam julat pendapatan RM4,001 – RM5,000 dan RM3,001 – RM4,000
(5.7%; 122 graduan). Manakala 13.8 peratus (298 graduan) berada dalam julat pendapatan RM3,000 &
ke bawah.
Graduan PhD (UA dan IPTS) merekodkan peratusan tertinggi dalam julat pendapatan RM5,001 –
RM10,000, iaitu antara 59.6 hingga 61.5 peratus. Julat pendapatan kedua tertinggi bagi graduan PhD UA
ialah RM4,001 – RM5,000 (10.5%; 201 graduan) manakala bagi graduan PhD IPTS ialah dalam julat lebih
daripada RM10,000 (14.9%; 33 graduan).
Peratusan tertinggi bagi graduan sarjana ialah dalam julat pendapatan bulanan RM5,001 – RM10,000,
iaitu 38.0 peratus (5,406 graduan), diikuti 16.0 peratus (2,270 graduan) dalam julat pendapatan RM3,001
– RM4,000 dan 14.8 peratus (2,110 graduan) berpendapatan RM4,001 – RM5,000.
Graduan sarjana UA (39.0%; 4,306 graduan) dan IPTS (34.6%; 1,100 graduan) masing-masing merekodkan
peratusan tertinggi berada dalam julat pendapatan RM5,001 – RM10,000. Seterusnya, diikuti julat
pendapatan RM4,001 – RM5,000 bagi graduan IPTS (16.2%; 514 graduan) manakala graduan UA dalam
julat pendapatan RM3,001 – RM4,000 (15.9%; 1,758 graduan).
Tiga (3) kumpulan terbesar graduan ijazah pertama berada dalam julat pendapatan RM1,501 – RM2,000
(20.4%; 17,153 graduan), diikuti julat RM1,001 – RM1,500 (17.6%; 14,756 graduan) dan RM2,001 – RM2,500
(16.9%; 14,163 graduan).
Peratusan tertinggi bagi graduan ijazah pertama UA dan politeknik berada dalam julat pendapatan
RM1,501 – RM2,000, iaitu masing-masing 22.9 peratus (12,104 graduan) dan 35.2 peratus (50 graduan).
Manakala bagi IPTS, sebanyak 22.1 peratus (6,862 graduan) berada dalam julat RM2,501 – RM3,000.
Sebanyak 44.7 peratus atau 23,453 graduan diploma berada dalam julat pendapatan RM1,001 – RM1,500,
diikuti 24.7 peratus (12,963 graduan) dalam julat RM1,501 – RM2,000 dan 14.9 peratus (7,823 graduan)
memperoleh pendapatan RM1,000 & ke bawah.
Semua jenis IPT merekodkan peratusan tertinggi dalam julat RM1,001 – RM1,500, iaitu antara 32.4 hingga
56.6 peratus kecuali graduan ILKA KSM (40.0%; 219 graduan) dan ILKBS (37.5%; 97 graduan) berada
dalam julat pendapatan RM1,501 – RM2,000.
Graduan sijil turut merekodkan peratusan tertinggi dalam julat pendapatan RM1,001 – RM1,500 sebanyak
48.3 peratus (8,042 graduan), diikuti julat RM1,000 & ke bawah (21.6%; 3,597 graduan) dan julat RM1,501 –
RM2,000 sebanyak 19.5 peratus (3,239 graduan).