Sektor pekerjaan keseluruhan graduan 2021 mengikut jenis IPT
View/ Open
Date
2022Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Sebanyak 52.9 peratus atau 79,016 graduan tahun 2021 bekerja dalam sektor swasta tempatan, diikuti
sektor swasta multinasional (16.5%; 24,692 graduan), Kerajaan Persekutuan (9.6%; 14,405 graduan) dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebanyak 9.5 peratus (14,158 graduan).
Lima (5) IPT mencatatkan peratusan graduan bekerja dalam sektor swasta tempatan melebihi 70.0
peratus, iaitu ILKA MOTAC (80.0%; 8 graduan), kolej komuniti (74.9%; 3,495 graduan), ILKA KKR (73.0%; 170
graduan), ILKA KSM (72.5%; 1,862 graduan) dan ILKA KPLB (70.1%; 4,092 graduan).
Bagi sektor swasta multinasional, graduan IPTS merekodkan peratusan tertinggi, iaitu 19.9 peratus, diikuti
UA (11,012 graduan) dan IPT lain (135 graduan), iaitu masing-masing sebanyak 16.5 peratus.
Graduan UA merekodkan peratusan tertinggi yang bekerja dalam sektor Kerajaan Persekutuan (14.7%;
9,806 graduan), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) (5.3%; 3,503 graduan) dan badan berkanun sebanyak
4.3 peratus (2,891 graduan).
Manakala graduan ILKAP MAFI mencatatkan 9.3 peratus (37 graduan) bekerja dalam sektor kerajaan
negeri/tempatan.