Taraf pekerjaan keseluruhan graduan 2021 mengikut jenis IPT
View/ Open
Date
2022Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Sebanyak 70.2 peratus atau 123,814 graduan tahun 2021 merupakan pekerja swasta (termasuk NGO).
Terdapat tujuh (7) IPT merekodkan peratusan melebihi 70.0 peratus bagi taraf pekerjaan ini dengan
peratusan tertinggi adalah graduan ILKA KSM (81.3%; 2,401 graduan), diikuti kolej vokasional (79.9%; 5,326
graduan), politeknik (75.9%; 13,308 graduan), IPTS (72.8%; 39,698 graduan), ILKBS (72.3%; 1,235 graduan),
ILKA MOTAC (71.4%; 10 graduan) dan kolej komuniti (71.1%; 4,341 graduan).
Graduan UA mencatatkan peratusan tertinggi sebagai pekerja kerajaan, iaitu 20.9 peratus (15,909
graduan), diikuti IPTS (12.4%; 6,774 graduan), IPT lain (11.5%; 124 graduan) dan ILKAP MAFI sebanyak 10.4
peratus (58 graduan).
Peratusan tertinggi graduan yang menjadi usahawan (bekerja sendiri/freelance dan majikan) tahun
2021 ialah graduan ILKA KKR (24.9%; 84 graduan), diikuti ILKA KPLB (23.2%; 2,016 graduan), IPT lain (17.5%;
189 graduan), ILKAP MAFI (16.3%; 91 graduan) dan kolej komuniti sebanyak 15.2 peratus (925 graduan).
Manakala bagi kumpulan terbesar graduan iaitu UA dan IPTS masing-masing merekodkan sebanyak
7.4 peratus (5,654 graduan) dan 10.1 peratus (5,487 graduan) menceburi keusahawanan.