Status pekerjaan graduan Diploma 2021 mengikut jenis IPT
View/ Open
Date
2022Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Terdapat tiga (3) IPT yang mencatatkan jumlah responden melebihi 20,000 graduan, iaitu IPTS, UA dan
politeknik. Secara umumnya tujuh (7) IPT mencatatkan kadar kebolehpasaran melebihi 85.0 peratus,
iaitu politeknik (93.7%), ILKA KPLB (90%), UA (89.5%), kolej komuniti (88.9%), ILKBS (86.9%), IPT lain (85.6%)
dan ILKA KSM (85.3%). Politeknik merekodkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi, iaitu 93.7 peratus,
diikuti UA (89.5%) dan IPTS (77.8%). Bagi peratusan bekerja, politeknik merekodkan sebanyak 71.0 peratus,
diikuti IPTS (44.3%) dan UA (25.7%).
Terdapat tiga (3) IPT yang mempunyai jumlah responden antara 3,428 hingga 9,607 iaitu kolej vokasional,
IPT lain dan ILKA KPLB dengan kadar kebolehpasaran graduan masing-masing ialah 81.5 peratus, 85.6
peratus dan 90.0 peratus.
Sebanyak lima (5) IPT merekodkan jumlah responden kurang daripada 750 graduan, iaitu ILKA KSM,
ILKBS, ILKAP MAFI, kolej komuniti dan ILKA MOTAC. Graduan kolej komuniti (86.1%) mencatatkan peratus
tertinggi yang bekerja manakala ILKA MOTAC merekodkan peratus tertinggi bagi status belum bekerja,
iaitu 59.3 peratus.