Peratus sumbangan pelawat domestik ke Perlis mengikut jantina dan kumpulan umur, 2018
Abstract
Pada tahun 2018, majoriti pelawat domestik yang berkunjung ke Perlis terdiri
daripada kumpulan umur 25 hingga 39 tahun, iaitu 36.3 peratus seperti di Carta 2. Ini
diikuti oleh pelawat domestik kumpulan umur 40 hingga 54 tahun (25.8%) dan
15 hingga 24 tahun (21.3%). Dari segi jantina, pelawat domestik perempuan
berumur 25 hingga 39 tahun adalah yang tertinggi dengan sumbangan sebanyak
38.2 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding lelaki dalam kumpulan umur yang sama
(34.0%).