Status pekerjaan graduan Ijazah Pertama (berumur 30 tahun dan ke bawah) mengikut jantina, 2016-2020
View/ Open
Date
2021Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Trend kadar bekerja graduan ijazah pertama lelaki menunjukkan peningkatan dalam tempoh empat (4)
tahun pertama (2016 hingga 2019) bermula dari 56.6 peratus (22,427 graduan) pada tahun 2016 kepada
69.7 peratus (31,008 graduan) pada tahun 2019. Namun, penurunan sebanyak 2.8 peratus kepada 66.9
peratus (25,101 graduan) berlaku pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya. Trend yang sama juga
berlaku kepada kadar bekerja graduan perempuan. Kadar bekerja tertinggi adalah 67.0 peratus (50,406
graduan) pada tahun 2019 tetapi menurun kepada 64.0 peratus (41,360 graduan) pada tahun 2020.
Seterusnya, kadar belum bekerja bagi graduan ijazah pertama lelaki menunjukkan trend penurunan yang
ketara bagi tempoh empat (4) tahun pertama (2016 hingga 2019) dari 28.8 peratus pada tahun 2016
kepada 16.6 peratus pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, berlaku sedikit peningkatan, iaitu sebanyak
1.3 peratus pada tahun 2020 kepada 17.9 peratus berbanding tahun 2019. Trend peningkatan juga dapat
dilihat pada graduan ijazah pertama perempuan dengan perbezaan kadar sebanyak 1.8 peratus jika
dibandingkan tahun 2020 (18.8%) dengan tahun 2019 (17.0%). (