Penduduk bekerja mengikut kategori pekerjaan, Perlis, 2019 dan 2020
Abstract
Kategori pekerja perkhidmatan & jualan mendominasi penduduk bekerja di Perlis dengan peratus sumbangan sebanyak 26.8 peratus pada 2020. Ini diikuti oleh kategori profesional dan kategori pekerja kemahiran & pertukangan berkaitan dengan peratusan sumbangan masing-masing adalah 12.0 peratus dan 11.0 peratus. Sementara itu, kategori pekerja mahir yang merangkumi kategori pengurus, profesional dan juruteknik & profesional bersekutu meliputi 27.4 peratus daripada keseluruhan pekerja di Perlis.