Peratus Sumbangan pelawat domestik ke Perlis mengikut kelas pendapatan isi rumah, 2019
Abstract
Carta 4 menunjukkan komposisi pelawat domestik yang berkunjung ke Perlis
mengikut kelas pendapatan isi rumah. Pada tahun 2019, pelawat domestik
daripada isi rumah yang berpendapatan antara RM1,001 dan RM3,000 sebulan
merekodkan peratus sumbangan tertinggi iaitu 36.8 peratus. Ini diikuti oleh pelawat
daripada isi rumah yang berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 sebulan (21.5%)
dan isi rumah yang berpendapatan RM5,001 hingga RM10,000 sebulan (16.7%).