Statistik utama pelancongan domestik, 2018-2019
Abstract
Pada tahun 2019, seramai 239.1 juta pelawat1 domestik
dicatatkan dengan pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus
berbanding tahun sebelumnya (7.7%). Jadual 4.1 menunjukkan
sejumlah 332.4 juta perjalanan pelancongan berbanding
302.4 juta perjalanan pelancongan pada tahun 2018.
Perbelanjaan pelancongan domestik kekal mencatatkan
pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 11.5 peratus pada tahun
2019 (2018: 11.4%). Sejumlah RM103.2 bilion telah dibelanjakan
bagi pelancongan domestik pada tahun 2019 berbanding
RM92.6 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Oleh itu,
purata perbelanjaan bagi setiap perjalanan yang direkodkan
adalah RM310 dengan peningkatan sebanyak 1.4 peratus pada
tahun 2019. Sementara itu, purata bilangan hari menginap pada
tahun 2019 adalah 2.52 hari.