Sektor pekerjaan keseluruhan graduan mengikut jenis IPT 2018
Abstract
Sektor swasta tempatan menjadi pembekal utama pekerjaan kepada graduan 2018, iaitu 47.6 peratus.
Ini diikuti sektor swasta multinasional (18.3 peratus), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebanyak 16.7
peratus dan kerajaan persekutuan sebanyak 8.2 peratus. Peratus tertinggi graduan IPT yang bekerja dalam sektor swasta ialah graduan kolej komuniti, iaitu 71.8 peratus, diikuti ILKA KSM (60.9 peratus), ILKA KPLB (56.1 peratus) dan bagi IPT lain sebanyak 55.1 peratus graduannya bekerja dalam sektor swasta tempatan. Graduan IPTS menunjukkan peratus tertinggi yang bekerja dalam sektor swasta multinasional, iaitu 23.3 peratus, diikuti graduan UA (17.9 peratus), ILKA KSM (17.7 peratus) dan graduan kolej vokasional sebanyak 14.2 peratus. Bagi sektor pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peratus tertinggi graduan ILKA KBS bekerja dalam sektor ini, iaitu 27.1 peratus, diikuti graduan politeknik (26.9 peratus), ILKA MOA (26.3 peratus) dan graduan kolej vokasional sebanyak 25.4 peratus