Status pekerjaan graduan sijil 2018 mengikut jenis IPT
Abstract
Kesemua responden sijil keluaran UA, iaitu 19 orang menyatakan mereka telah bekerja. Graduan sijil
politeknik menunjukkan peratus yang tinggi dalam kategori bekerja, iaitu 85.3 peratus, diikuti kolej
komuniti (78.1 peratus) dan 67.9 peratus bagi graduan IPT lain. Kadar graduan sijil IPTS yang melanjutkan pengajian adalah sebanyak 47.1 peratus, iaitu peratus
tertinggi berbanding dengan graduan sijil yang lain.Graduan sijil ILKA MOA mencatat peratus belum bekerja tertinggi, iaitu 34.0 peratus.