Statistik Sosial Malaysia: Guna Tenaga
Abstract
Tenaga buruh di Malaysia meningkat 2.0 peratus
kepada 15.3 juta orang pada 2018.
Pertambahan ini disumbang oleh peningkatan
penduduk bekerja 299,200 orang kepada 14.8
juta orang dan peningkatan penganggur
sebanyak 90,800 orang kepada 504.3 ribu orang.
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada
2018 ialah 68.3 peratus, meningkat 0.3 mata
peratus berbanding 2017. Ini bermakna, 31.7
peratus lagi penduduk dalam kumpulan umur
bekerja berada di luar tenaga buruh.