Statistik Ekonomi Perlis - Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Abstract
Perlis mencatatkan pertumbuhan ekonomi 2.3 peratus (2016: 3.9%) didorong oleh sektor
Perkhidmatan dan Pertanian. Pertumbuhan sektor Perkhidmatan sebanyak 4.0 peratus (2016: 4.8%) didorong oleh subsektor perdagangan borong & runcit dan komunikasi. Walau bagaimanapun, kejatuhan di dalam subsektor utiliti telah memperlahankan pertumbuhan sektor Perkhidmatan. Sektor Pertanian terus mencatatkan pertumbuhan positif daripada 2.9 peratus kepada 3.5 peratus disokong oleh peningkatan dalam subsektor getah. Namun begitu, kemerosotan sektor Pembinaan kepada
negatif 42.7 peratus (2016: 9.8%) turut memperlahankan prestasi keseluruhan ekonomi
Perlis.