Statistik Sosial Malaysia - Kesihatan
Abstract
Bilangan anggota perubatan kerajaan dan swasta di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun. Bilangan doktor pada tahun 2016 adalah seramai 50,087 orang, bertambah 3,596 orang dari tahun 2015. Bilangan doktor gigi pula bertambah 802 orang kepada 7,186 orang pada tahun 2016. Manakala, jururawat termasuk jururawat masyarakat bertambah 2,604 orang kepada 127,704 orang pada tahun 2016.