Indeks Pengeluaran Perindustrian, Malaysia Februari 2018*
Abstract
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 3.0 peratus pada bulan Februari 2018 berbanding bulan yang sama
tahun sebelumnya. Peningkatan pada bulan Februari 2018 disumbangkan oleh kenaikan dalam indeks Pembuatan (4.7%) dan
indeks Elektrik (2.8%). Manakala indeks Perlombongan mencatatkan penyusutan sebanyak 1.6 peratus. IPP pada bulan Januari
2018 disemak semula kepada 5.4 peratus tahun ke tahun.
Berasaskan tahun ke tahun, output sektor Pembuatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.7 peratus pada bulan Februari 2018
selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus pada Januari 2018. Sub-sektor utama yang mencatatkan peningkatan pada
bulan Februari 2018 adalah: Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (7.0%); Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (5.4
%); dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (5.0%).
Output sektor Perlombongan mencatatkan penyusutan sebanyak 1.6 peratus pada bulan Februari 2018 (Januari 2018 : 1.5%).
Penurunan ini disebabkan oleh penyusutan dalam indeks Gas Asli (-3.5%). Manakala, indeks Minyak Mentah meningkat
sebanyak 0.5 peratus.
Output sektor Elektrik meningkat sebanyak 2.8 peratus pada bulan Februari 2018 berasaskan tahun ke tahun.