Show simple item record

dc.contributor.authorMalaysia, Jabatan Perangkaan
dc.date.accessioned2018-05-25T08:26:22Z
dc.date.available2018-05-25T08:26:22Z
dc.date.issued2017-12-19
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/53326
dc.descriptionLink to publisher homepage at https://www.dosm.gov.myen_US
dc.description.abstractPada tahun 2015, seramai 8.7 juta orang direkodkan bekerja di sektor formal swasta berbanding 6.9 juta orang pada 2010. Daripada keseluruhan bilangan ini, 67.7 peratus (5.9 juta orang) merupakan pekerja lelaki sementara 32.3 peratus (2.8 juta orang) adalah pekerja perempuan. Kategori pekerja bergaji mewakili 90.4 peratus daripada keseluruhan pekerja pada tahun 2015. Kebanyakan pekerja bergaji ini merupakan pekerja bergaji sepenuh masa (97.0%) manakala selebihnya (3.0%) adalah pekerja bergaji sambilan. Dari segi bilangan pekerja mengikut kemahiran, pekerja separuh mahir mendominasi dengan peratus sumbangan sebanyak 61.9 peratus diikuti pekerja mahir (23.5%) dan pekerja berkemahiran rendah (14.6%). Dari perspektif aktiviti ekonomi, sektor Perkhidmatan mencatatkan bilangan pekerja tertinggi iaitu 4.8 juta orang (54.9%) dan diikuti dengan sektor Pembuatan dengan 2.1 juta orang (24.3%). Sementara itu, sektor Pembinaan dan Pertanian masing-masing merekodkan 1.3 juta orang (14.8%) dan 0.4 juta orang (5.1%). Sektor Perlombongan & Pengkuarian merekodkan peratus sumbangan terkecil, 0.9 peratus dengan 0.08 juta orang pada tahun 2015. Jumlah gaji & upah yang dibayar pada tahun 2015 di Malaysia adalah sebanyak RM245.69 bilion. Sektor Perkhidmatan mencatatkan nilai tertinggi jumlah gaji & upah iaitu sebanyak RM131.53 bilion dengan sumbangan 53.5 peratus diikuti oleh sektor Pembuatan RM65.49 bilion (26.7%) dan sektor Pembinaan RM32.90 bilion (13.4%). Sementara itu, sektor Perlombongan & Pengkuarian dan Pertanian masing-masing merekodkan jumlah gaji & upah sebanyak RM7.87 bilion (3.2%) dan RM7.90 bilion (3.2%).en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherJabatan Perangkaan Malaysiaen_US
dc.subjectPekerja, Gaji & Upah -- 2016en_US
dc.subjectJumlah Pekerjaen_US
dc.subjectPekerja Mengikut Sektoren_US
dc.subjectGaji & Upah Mengikut Sektoren_US
dc.titleStatistik Pekerja Dan Gaji & Upah 2016en_US
dc.typeOtheren_US
dc.identifier.urlhttps://www.dosm.gov.myen_US
dc.contributor.urlmkho@stats.gov.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record