Perangkaan Penting, Malaysia, 2014
Abstract
Penerbitan Perangkaan Penting Malaysia, 2014 mengandungi maklumat kelahiran dan kematian yang merangkumi pelbagai
indikator demografi. Perangkaan penting merupakan salah satu input utama dalam merangka perancangan dan pembentukan dasar
negara yang meliputi pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi dan sosial. Perangkaan ini juga digunakan bagi
menjana asas pengukuran demografi seperti trend populasi, fertiliti dan mortaliti serta menjadi pengukur pencapaian pelan
pembangunan yang telah dijalankan. Data kelahiran dan kematian bagi tahun 2013 merupakan angka yang muktamad manakala
data bagi tahun 2014 merupakan angka awalan yang tidak mengambil kira pendaftaran lewat.