Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia Ogos 2017
Abstract
Nilai jualan sektor Pembuatan pada Ogos 2017 terus mencatatkan peningkatan kukuh 16.5 peratus dengan nilai jualan RM65.1
bilion berbanding RM55.9 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Ogos 2017 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua subsektor
terutamanya kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (19.8%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (21.0%
) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (7.2%). Ketiga-tiga subsektor ini
menyumbang 80.3 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan.