Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia April 2017
Abstract
Nilai jualan sektor Pembuatan pada April 2017 terus mencatatkan RM60.5 bilion, peningkatan kukuh sebanyak 15.6%
berbanding RM52.3 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan April 2017 adalah berikutan peningkatan dalam semua subsektor terutama
kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (17.3%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (18.2%) dan Produk
Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (12.3%). Ketiga-tiga subsektor ini menyumbang 80.1%
kepada nilai jualan sektor pembuatan.