Indeks Perdagangan Luar Negeri Malaysia September 2017
Abstract
Berasaskan bulan ke bulan, pada September 2017, indeks nilai seunit eksport meningkat 0.3% kepada 112.1 mata. Ini
disumbangkan oleh minyak galian (+2.5%), barang-barang keluaran kilang (+0.7%) dan bahan kimia (+0.6%). Sementara itu,
indeks volum eksport mencatatkan kejatuhan sebanyak 5.1% kepada 131.2 mata yang disebabkan oleh bahan kimia (-12.4%),
barang-barang keluaran kilang (-8.0%) dan minyak galian (-5.7%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport merekodkan
penurunan sebanyak 5.9%.
Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak 6.6% dan 7.9%.