Indeks Perdagangan Luar Negeri Malaysia Oktober 2017
Abstract
Berasaskan bulan ke bulan, pada Oktober 2017, indeks nilai seunit eksport turut meningkat 0.3% kepada 112.5 mata. Ini
disumbangkan oleh minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+1.9%), minyak galian (+1.3%) dan bahan kimia (+0.9%).
Sementara itu, indeks volum eksport turut naik sebanyak 5.0% kepada 137.7 mata yang disebabkan oleh bahan mentah tidak
boleh dimakan (+13.1%), bahan kimia (+12.7%) dan minyak galian (+9.8%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport
merekodkan kenaikan 3.6% kepada 130.8 mata.
Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak 5.3% dan 13.2%.