Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan November 2017
Abstract
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.0% pada November 2017
kepada 121.3 mata daripada 120.1 mata pada Oktober 2017. Peningkatan ini didorong oleh Bilangan Unit Kediaman yang
Diluluskan Pembinaan (0.5%), Jangkaan Nilai Jualan di sektor Pembuatan (0.4%), Import Benar Logam Asas Berharga & Logam
Bukan Ferus Lain (0.1%) dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.1%). Perubahan tahunan IP meningkat kepada 4.5% berbanding
3.2% pada bulan lepas.