Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Ogos 2017
Abstract
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada Ogos 2017. IP meningkat 1.9% kepada 120.3
mata pada bulan rujukan berbanding 118.1 mata pada bulan sebelumnya. Komponen utama yang menyumbang kepada
peningkatan adalah Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (0.7%), Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.6%) dan
Import Benar Semi Konduktor (0.5%). Perubahan tahunan IP terus meningkat kepada 2.6% pada bulan rujukan.