Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan April 2017
Abstract
Perubahan tahunan bagi Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat 1.4% pada April 2017.
Walau bagaimanapun, perubahan bulanan IP mencatatkan penurunan 1.3% kepada 117.3 mata pada bulan rujukan daripada 118.8
mata pada bulan sebelumnya. Komponen utama yang menyebabkan penurunan adalah Import Benar Logam Asas Berharga &
Logam Bukan Ferus Lain (-0.6%), Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-0.6%) dan Bilangan Syarikat Baru
Didaftar (-0.4%).