Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/6355
Title: Penilaian terhadap kecekapan penggunaan sumber, unjuran peruntukan sumber dan pemilihan sumber terbaik yang mempengaruhi industri pengagihan elektrik di Selangor
Authors: Muhammad Zaini, Ahmad
Wan Rosmanira, Ismail
Keywords: Industri elektrik -- Selangor
Electric power systems
Electric power systems -- Selangor
Electric power distribution
Electric power distribution -- Selangor
Kecekapan
Issue Date: 23-Dec-2004
Publisher: Universiti Islam Antabangsa Malaysia
Series/Report no.: Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-12
Abstract: Kertas kerja ini memfokuskan kepada penilaian terhadap kecekapan penggunaan sumber, unjuran peruntukan sumber dan pemilihan sumber terbaik dalam mempengaruhi industri pengagihan elektrik di Selangor. Berdasarkan data kajian bagi tahun 2002, model Analisis Penyampulan Data (APD) berorientasikan input digunakan dan mendapati 4 daripada 10 kawasan pengagihan elektrik di Selangor didapati cekap menggunakan sumbernya. Bagi setiap kawasan pengagihan elektrik yang tidak menggunakan sumber secara cekap, APD mengenalpasti tingkat ketidakcekapan bagi setiap sumber yang digunakan. Satu set unjuran sumber ditentukan bagi 6 kawasan pengagihan yang tidak cekap. Dengan menggunakan purata magnitud bagi setiap sumber, keputusan menunjukkan bahawa perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan merupakan sumber yang paling penting (70.73%), diikuti dengan perbelanjaan ke atas gaji pekerja (27.90%) dan perbelanjaan ke atas peralatan utama (1.37%) yang kurang penting. Selain itu, kawasankawasan pengagihan yang cekap pula akan dipangkatkan dengan menggunakan model Andersen- Petersen berorientasikan input dan matriks kecekapan-bersilang, dan keputusan yang diperolehi akan dianalisis dan dibandingkan.
Description: Organized by Kulliyah of Science (IIUM), 23rd - 24th December 2004 at Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/6355
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-12 (mzaini).pdfAccess is limited to UniMAP community.77.98 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.