Penilaian terhadap kecekapan penggunaan sumber, unjuran peruntukan sumber dan pemilihan sumber terbaik yang mempengaruhi industri pengagihan elektrik di Selangor
Abstract
Kertas kerja ini memfokuskan kepada penilaian terhadap kecekapan penggunaan sumber, unjuran peruntukan sumber dan pemilihan sumber terbaik dalam mempengaruhi industri pengagihan elektrik di Selangor. Berdasarkan data kajian bagi tahun 2002, model Analisis Penyampulan Data (APD) berorientasikan input digunakan dan mendapati 4 daripada 10 kawasan pengagihan
elektrik di Selangor didapati cekap menggunakan sumbernya. Bagi setiap kawasan pengagihan elektrik yang tidak menggunakan sumber secara cekap, APD mengenalpasti tingkat ketidakcekapan bagi setiap sumber yang digunakan. Satu set unjuran sumber ditentukan bagi 6 kawasan pengagihan yang tidak cekap. Dengan menggunakan purata magnitud bagi setiap sumber, keputusan menunjukkan bahawa perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan merupakan sumber yang paling penting (70.73%), diikuti dengan perbelanjaan ke atas gaji pekerja (27.90%)
dan perbelanjaan ke atas peralatan utama (1.37%) yang kurang penting. Selain itu, kawasankawasan pengagihan yang cekap pula akan dipangkatkan dengan menggunakan model Andersen- Petersen berorientasikan input dan matriks kecekapan-bersilang, dan keputusan yang diperolehi akan dianalisis dan dibandingkan.
Collections
- Conference Papers [2600]