Perbandingan di antara pelajar yang menggunakan 'Hands-On Lab Intensive' dengan konvensional
Date
2010-03-29Author
Azlita, Abdul Jalil
Azlini, Hassan
Julinawati, Suanda
Metadata
Show full item recordAbstract
Sistem pembelajaran yang berkualiti adalah sistem yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari kepada praktikal yang sebenar.
Dalam menempuh dunia global yang penuh cabaran, pelajar bukan sahaja berdepan cabaran sesama
mereka untuk mendapatkan pekerjaan namun mereka juga perlu membuktikan keupayaan mereka
kepada pihak industri semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, sistem pembelajaran
pelajar perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh pihak majikan. Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP) telah memperkenalkan pendekatan “hands-on lab intensive” di dalam setiap program
kejuruteraan yang ditawarkan di universiti. Pendekatan “hands-on lab intensive” ini bertujuan untuk
memenuhi kehendak industri di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk keperluan pasaran telah dilakukan untuk membuat perbandingan pelajar yang
menggunakan “hands-on lab intensive” di UniMAP dengan sistem konvensional yang diamalkan di
universiti lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sampel kajian terdiri daripada enam
orang kakitangan UniMAP yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di universiti yang berasaskan sistem “hands-on lab intensive” dengan konvensional.
Hasil kajian mendapati kesemua informan berasakan kaedah “hands-on lab intensive” adalah lebih
sesuai digunakan untuk program kejuruteraan di UniMAP berbanding kaedah konvensional. Oleh yang
demikian, adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan
UniMAP dalam merangka program-program seterusnya yang lebih berasaskan “hands-on lab
intensive” di samping memasukkan juga elemen konvensional ke dalam subjek yang ditawarkan.
Collections
- Conference Papers [2599]