• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Perbandingan di antara pelajar yang menggunakan 'Hands-On Lab Intensive' dengan konvensional

    Thumbnail
    View/Open
    6.PERBANDINGAN DI ANTARA PELAJAR YANG MENGGUNAKAN 'HANDS-ON LAB INTENSIVE' DENGAN KONVENSIONAL-Un.pdf (183.1Kb)
    Date
    2010-03-29
    Author
    Azlita, Abdul Jalil
    Azlini, Hassan
    Julinawati, Suanda
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Sistem pembelajaran yang berkualiti adalah sistem yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari kepada praktikal yang sebenar. Dalam menempuh dunia global yang penuh cabaran, pelajar bukan sahaja berdepan cabaran sesama mereka untuk mendapatkan pekerjaan namun mereka juga perlu membuktikan keupayaan mereka kepada pihak industri semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu, sistem pembelajaran pelajar perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh pihak majikan. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memperkenalkan pendekatan “hands-on lab intensive” di dalam setiap program kejuruteraan yang ditawarkan di universiti. Pendekatan “hands-on lab intensive” ini bertujuan untuk memenuhi kehendak industri di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pasaran telah dilakukan untuk membuat perbandingan pelajar yang menggunakan “hands-on lab intensive” di UniMAP dengan sistem konvensional yang diamalkan di universiti lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sampel kajian terdiri daripada enam orang kakitangan UniMAP yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di universiti yang berasaskan sistem “hands-on lab intensive” dengan konvensional. Hasil kajian mendapati kesemua informan berasakan kaedah “hands-on lab intensive” adalah lebih sesuai digunakan untuk program kejuruteraan di UniMAP berbanding kaedah konvensional. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan UniMAP dalam merangka program-program seterusnya yang lebih berasaskan “hands-on lab intensive” di samping memasukkan juga elemen konvensional ke dalam subjek yang ditawarkan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/8030
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback