Show simple item record

dc.contributor.authorJabil, Mapjabil
dc.contributor.authorSiti Nurul Asyikin, Che Mat
dc.contributor.authorMazdi, Marzuki
dc.contributor.authorRosmiza, M. Z.
dc.date.accessioned2021-03-23T00:47:48Z
dc.date.available2021-03-23T00:47:48Z
dc.date.issued2020
dc.identifier.citationJournal of Human Development and Communication (JoHDEC), vol.9, 2020, pages 47-56en_US
dc.identifier.issn2289-2702 (printed)
dc.identifier.issn2232-1535 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/70412
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://johdec.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractArtikel ini meneliti tentang ciri-ciri dan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap sektor informal di Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti jenis, kategori dan ciri-ciri sektor infomal dan menentukan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap sektor informal. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual tak langsung dan pemerhatian. Seramai 90 orang responden dalam kalangan pelancong domestik terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua jenis sektor informal yang menjadi pilihan responden di Kota Kinabalu, iaitu pasar malam dan arked / bazar / medan membeli-belah dengan min tinggi yang sama, iaitu 3.06. Seterusnya, jenis barang yang kerap dibeli oleh responden adalah barangan kraftangan dan cenderamata dengan nilai min 3.04, diikuti oleh hasil laut seperti ikan terubuk masin, udang kering dan ikan bilis (3.01). Sebanyak 80 orang responden atau 88.9% bersetuju bahawa kebanyakan premis sektor informal menjual produk yang sama atau hampir sama. Dari segi lokasi sektor informal pula, terdapat dua ciri yang mencatatkan min tertinggi, iaitu tahap ketersampaian yang tinggi, iaitu mudah untuk dikunjungi (3.58) dan kemudahan infrastruktur yang baik (3.32). Untuk tahap kepuasan, kesemua item mencatatkan min tinggi, antaranya kepelbagaian produk yang ditawarkan (3.79), keunikan produk yang dijual (3.61) dan harga produk yang murah (3.36). Walau bagaimanapun dari segi perkhidmatan pula, terdapat dua item yang mencatatkan min yang tertinggi, iaitu aspek layanan mesra (3.71) dan budi bahasa juru jual (3.61). Ringkasnya, dapatan kajian ini adalah penting kepada pembuat dasar dan pelbagai pihak yang ingin mendalami bidang kajian tentang sektor informal, komuniti bandar dan pelancongan.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherCenter for Communication Technology and Human Development (UniMAP)en_US
dc.subjectTahap kepuasanen_US
dc.subjectPelancong domestiken_US
dc.subjectSektor informalen_US
dc.subjectBandaraya Kota Kinabaluen_US
dc.titleCiri-ciri dan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap sektor informal di Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabahen_US
dc.title.alternativeThe characteristics and the satisfaction level of domestic tourists towards the informal sector at Kota Kinabalu City, Sabahen_US
dc.typeArticleen_US
dc.identifier.urlhttps://johdec.unimap.edu.my/
dc.contributor.urljabil@ums.edu.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record