• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Journal Articles
    • Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Ciri-ciri dan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap sektor informal di Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (774.9Kb)
    Date
    2020
    Author
    Jabil, Mapjabil
    Siti Nurul Asyikin, Che Mat
    Mazdi, Marzuki
    Rosmiza, M. Z.
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Artikel ini meneliti tentang ciri-ciri dan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap sektor informal di Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti jenis, kategori dan ciri-ciri sektor infomal dan menentukan tahap kepuasan pelancong domestik terhadap sektor informal. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual tak langsung dan pemerhatian. Seramai 90 orang responden dalam kalangan pelancong domestik terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua jenis sektor informal yang menjadi pilihan responden di Kota Kinabalu, iaitu pasar malam dan arked / bazar / medan membeli-belah dengan min tinggi yang sama, iaitu 3.06. Seterusnya, jenis barang yang kerap dibeli oleh responden adalah barangan kraftangan dan cenderamata dengan nilai min 3.04, diikuti oleh hasil laut seperti ikan terubuk masin, udang kering dan ikan bilis (3.01). Sebanyak 80 orang responden atau 88.9% bersetuju bahawa kebanyakan premis sektor informal menjual produk yang sama atau hampir sama. Dari segi lokasi sektor informal pula, terdapat dua ciri yang mencatatkan min tertinggi, iaitu tahap ketersampaian yang tinggi, iaitu mudah untuk dikunjungi (3.58) dan kemudahan infrastruktur yang baik (3.32). Untuk tahap kepuasan, kesemua item mencatatkan min tinggi, antaranya kepelbagaian produk yang ditawarkan (3.79), keunikan produk yang dijual (3.61) dan harga produk yang murah (3.36). Walau bagaimanapun dari segi perkhidmatan pula, terdapat dua item yang mencatatkan min yang tertinggi, iaitu aspek layanan mesra (3.71) dan budi bahasa juru jual (3.61). Ringkasnya, dapatan kajian ini adalah penting kepada pembuat dasar dan pelbagai pihak yang ingin mendalami bidang kajian tentang sektor informal, komuniti bandar dan pelancongan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/70412
    Collections
    • Journal of Human Development and Communication (JoHDEC) [115]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback