dc.contributor.author | Shuhairimi, Abdullah | |
dc.contributor.author | Ahmad Zaidi, Johari | |
dc.contributor.author | Huzili, Hussin, Prof. Madya Dr. | |
dc.date.accessioned | 2013-12-20T07:31:36Z | |
dc.date.available | 2013-12-20T07:31:36Z | |
dc.date.issued | 2013-06-05 | |
dc.identifier.citation | p. 137-150 | en_US |
dc.identifier.isbn | 978-967-5415-57-9 | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30693 | |
dc.description | Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. | en_US |
dc.description.abstract | Sejak 50 tahun Malaysia merdeka, banyak perubahan berlaku terhadap dasar politik,
sosial, ekonomi, kebudayaan malah ia turut mempengaruhi pendekatan beragama
dalam kalangan orang Melayu. Meskipun begitu, Perlembagaan negara telah
memperuntukkan kedaulatan raja dan sultan, hak istimewa orang Melayu, tanah
simpanan Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan. Perubahan kondisi dan realiti
keperluan masyarakat yang dipengaruhi oleh globalisasi telah memberi impak
terhadap cara berfikir dan persepsi umat Melayu terhadap institusi Raja-Raja.
Justeru itu, kerja kerja ini bertujuan untuk melihat tinjauan menyeluruh mengenai
peranan institusi Beraja sebagai faktor teras yang memayungi umat Islam sebagai
ketua agama Islam di Tanah Melayu. Sebagai ketua agama ada asas penting yang
membolehkan faktor pemayung untuk berkongsi asas kemajuan dan pembangunan
berasaskan prinsip keadilan, amanah, timbang rasa dan juga kemanusiaan supaya
asas kestabilan dan keamanan terus wujud dan kelangsungan agama Islam dapat
diperkasakan. Bagi melestarikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di
Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk
menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang
meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Perkara 3(2) turut
dimasukkan untuk menjamin hak-hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif Raja-Raja
Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Tanggungjawab
untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah
YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan
pemerintahan negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha
daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama
Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan negara.
Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang
terkandung dalam sejarah negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu
dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya
sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu. Oleh itu
pengiktirafan Perlembagaan tersebut seharusnya mempunyai kesan tertentu. Ia
tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Hak, kuasa dan tanggungjawab
tersebut mempunyai roh dan jasad. Dengan pengiktirafan tersebut, institusi Raja-
Raja dianggap sebagai benteng pertahanan dan sebagai katalis untuk mendaulat
dan membumikan Islam di Malaysia bagi berdepan dengan pelbagai cabaran yang
menghakis kesucian ajaran Islam. | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013; | |
dc.subject | Institusi Raja-Raja Melayu | en_US |
dc.subject | Malaysia | en_US |
dc.subject | Islam | en_US |
dc.subject | Perlembagaan Persekutuan | en_US |
dc.subject | Masyarakat Melayu | en_US |
dc.subject | Sejarah Tanah Melayu | en_US |
dc.title | Relevansi Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia mendaulatkan Islam di Malaysia. Satu sorotan menurut Perlembagaan Persekutuan | en_US |
dc.type | Working Paper | en_US |
dc.publisher.department | Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia | en_US |