• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Relevansi Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia mendaulatkan Islam di Malaysia. Satu sorotan menurut Perlembagaan Persekutuan

    Thumbnail
    View/Open
    Access is limited to Unimap Community (247.5Kb)
    Date
    2013-06-05
    Author
    Shuhairimi, Abdullah
    Ahmad Zaidi, Johari
    Huzili, Hussin, Prof. Madya Dr.
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Sejak 50 tahun Malaysia merdeka, banyak perubahan berlaku terhadap dasar politik, sosial, ekonomi, kebudayaan malah ia turut mempengaruhi pendekatan beragama dalam kalangan orang Melayu. Meskipun begitu, Perlembagaan negara telah memperuntukkan kedaulatan raja dan sultan, hak istimewa orang Melayu, tanah simpanan Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan. Perubahan kondisi dan realiti keperluan masyarakat yang dipengaruhi oleh globalisasi telah memberi impak terhadap cara berfikir dan persepsi umat Melayu terhadap institusi Raja-Raja. Justeru itu, kerja kerja ini bertujuan untuk melihat tinjauan menyeluruh mengenai peranan institusi Beraja sebagai faktor teras yang memayungi umat Islam sebagai ketua agama Islam di Tanah Melayu. Sebagai ketua agama ada asas penting yang membolehkan faktor pemayung untuk berkongsi asas kemajuan dan pembangunan berasaskan prinsip keadilan, amanah, timbang rasa dan juga kemanusiaan supaya asas kestabilan dan keamanan terus wujud dan kelangsungan agama Islam dapat diperkasakan. Bagi melestarikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Perkara 3(2) turut dimasukkan untuk menjamin hak-hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Tanggungjawab untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan negara. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang terkandung dalam sejarah negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu. Oleh itu pengiktirafan Perlembagaan tersebut seharusnya mempunyai kesan tertentu. Ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Hak, kuasa dan tanggungjawab tersebut mempunyai roh dan jasad. Dengan pengiktirafan tersebut, institusi Raja- Raja dianggap sebagai benteng pertahanan dan sebagai katalis untuk mendaulat dan membumikan Islam di Malaysia bagi berdepan dengan pelbagai cabaran yang menghakis kesucian ajaran Islam.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30693
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback