Program Seven Pillars : satu model pembangunan mahasiswa seimbang
Date
2010-03-29Author
Kamarudin, Hussin, Dato’ Prof. Dr.
Mohammad Rezal, Hamzah
Suffian Hadi, Ayub
Suraiya, Ibrahim
Norizah, Ahmad
Metadata
Show full item recordAbstract
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) kerajaan telah menekankan kepentingan
pembangunan Modal Insan yang holistik untuk kepentingan sumber tenaga manusia pada tahun 2020.
Dalam konteks ini, kerajaan lebih menumpukan golongan muda yang akan menjadi pewaris
kepimpinan pada tahun 2020. Modal Insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan,
mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin,
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah
modal insan yang memiliki personaliti unggul. Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai, peranan
UniMAP telah memainkan peranannya dengan memperkenalkan Program Seven Pillars yang
berteraskan kemahiran insaniah selari dengan Modul Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Kajian telah dijalankan bagi melihat keberkesanan program ini terutama kepada
pelajar Melayu. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan temu bual kumpulan
terfokus (FGD). Soalan semi struktur telah digunakan untuk mendapatkan data daripada informan
untuk menjawab persoalan kajian iaitu sejauh manakah Program Seven Pillars berkesan kepada diri dan
kerjaya. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Seven Pillars ini merupakan
program yang berpotensi untuk digunakan secara berterusan dalam membentuk Modal Insan
mempertingkatkan Institusi Pengajian Tinggi.