Bahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi
Date
2010-03-21Author
Adi Anuar, Azmin
Shuhairimi, Abdullah
Ku Halim, Ku Ariffin
Hirwan Jasbir, Jaafar
Metadata
Show full item recordAbstract
Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa
dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu
menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan
bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan
bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini
bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara
menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris
sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh
menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan
memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing
Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi
merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita
lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.
Collections
- Conference Papers [2600]