Pencirian Batu Reput di Negeri Perlis menggunakan XRD dan SEM
Date
2006-06-15Author
Mohd Nazry, Salleh
Khairul Nizar, Ismail
Kamarudin, Hussin
Shamsul Baharin, Jamaludin
Che Mohd Ruzaidi, Ghazali
Metadata
Show full item recordAbstract
Pencirian batu reput yang diperolehi daripada pembekal Tasuh Kuari Sdn. Bhd. dilakukan dengan menggunakan Pembelauan Sinar-X (XRD) dan Mikroskop Imbasan Elektron dengan penganalisa spektrometer serakan tenaga sinar-x (SEM-EDS). Penentuan fasa mineral yang hadir dalam sampel batu reput menggunakan XRD menunjukkan fasa utama yang hadir ialah [CaMg(CO3)2] selain sistem kristal trigonal-rombohedral dan kumpulan ruang ialah R-3. Penggunaan SEM-EDS membolehkan analisa terhadap mikrostruktur batu reput menggunakan SEM dan ujian komposisi kimia menggunakan EDS dapat dilakukan dengan serentak. Selain itu, komposisi mineral utama dalam batu reput dilakukan melalui kaedah pemetaan elemen secara visual ke atas imej mikrostruktur batu reput. Kajian lanjutan terhadap aplikasi batu reput ini dapat menambah nilai mineral tersebut di mana sebelum ini, penggunaan batu reput adalah terhad sebagai pengisi dalam pembinaan jalanraya. Pencirian ke atas batu reput ini menunjukkan ianya berpotensi kepada industri pembinaan, produk perhiasan dan pertanian.