• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP

    Thumbnail
    View/Open
    KEMAHIRAN INSANIAH DAN KEPENTINGAN PENERAPANNYA DALAM PROGRAM BAKTISISWA PERDANA UniMAP.pdf (48.48Kb)
    Date
    2008-12-05
    Author
    Hanum, Hassan
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Hal ini kerana Kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek. Selain pencapaian akademik cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan. Pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan (in-house training). Proses pembangunan “Soft Skills” ini boleh dilaksanakan kepada semua pelajar meliputi di dalam dan di luar bilik kuliah. Sempena program Baktisiswa Perdana UniMAP (2008) yang telah dilaksanakan, satu kajian telah dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah. Selain itu kajian ini juga diadakan untuk mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar dalam program bakti siswa perdana serta objektif ketiga adalah untuk mengkaji persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana. Responden kajian ini terdiri daripada 270 orang pelajar UniMAP. Mereka telah mengikuti program Baktisiswa Perdana yang telah diadakan pada penghujung Julai 2008 selama 4 hari. Borang soal selidik telah diedarkan kepada respondean kajian dengan menggunakan kaedah Skala Likert. Data-data telah dianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan tanggapan yang baik terhadap program Bakti Siswa Perdana serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa elemen berkomunikasi dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperolehi pelajar berbanding elemen-elemen lain yang dikemukakan. Agak menarik ialah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan tanggapan daripada pelajar berbeza terhadap kemahiran insaniah yang mereka perolehi sepanjang mengikuti program Bakti Siswa Perdana yang diadakan. Kajian ini akan mencadangkan beberapa pendekatan yang akan memantapkan lagi aspek kemahiran insaniah di kalangan pelajar UniMAP melalui program Bakti Siswa Perdana dimasa akan datang.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/5842
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback