• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Penggunaan dan penilaian kualiti laman web agensi-agensi pertanian oleh para pegawai pertanian di Malaysia

    Thumbnail
    View/Open
    PENGGUNAAN DAN PENILAIAN KUALITI LAMAN WEB AGENSI-AGENSI PERTANIAN OLEH PARA PEGAWAI PERTANIAN DI MALAYSIA.pdf (62.11Kb)
    Date
    2008-12-05
    Author
    Ahmad Fahmi, Mahamood
    Noraida, Nordin
    Hanif Suhairi, Abu Bakar
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi tujuan melaksanakan tugas mahupun aktiviti-aktiviti kehidupan seharian amatlah memberi impak yang besar kepada masyarakat. Sehubungan itu, penggunaan laman web kini adalah merupakan salah satu medium yang menjadi pilihan masyarakat pada masa kini bagi tujuan berkomunikasi dan mendapatkan pelbagai maklumat. Oleh yang demikian, sesebuah laman web haruslah dibentuk berdasarkan ciri-ciri laman web yang berkualiti agar menjamin kemudahan dan kelicinan penggunaannya kelak. Walaubagaimanapun, kualiti laman web agensi-agensi pertanian sering mendapat kritikan dan komen yang tidak memuaskan dari segi peranannya menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Fenomena ini telah menimbulkan persoalan tentang penggunaan dan kualiti laman web agensi-agensi pertanian di negara ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk melihat dua aspek iaitu mengenalpasti pola penggunaan laman web agensi-agensi pertanian dan penilaian kualiti laman web agensi-agensi pertanian di kalangan pegawai pertanian, penolong pegawai pertanian dan pembantu pertanian di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden di Jabatan Pertanian Persekutuan, Wisma Tani Kuala Lumpur dan ibupejabat-ibupejabat Jabatan Pertanian Negeri di seluruh Malaysia. Seramai 270 responden yang telah melibatkan diri di dalam kajian ini. Data kajian pula dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS. Hasil kajian secara umumnya mendapati pola penggunaan laman web agensi-agensi pertanian adalah di tahap yang tidak memuaskan berdasarkan skor yang diperolehi daripada majoriti responden. Selain itu, kualiti laman web agensi-agensi pertanian juga berada di tahap yang sederhana berdasarkan majoriti skor daripada responden. Ujian korelasi yang dijalankan menunjukkan terdapat perkaitan yang positif signifikan di antara penilaian kualiti laman web agensi-agensi pertanian dengan kemahiran menggunakan internet dan antara penilaian kualiti laman web agensi agensi pertanian dengan kekerapan menggunakan perkhidmatan internet. Terdapat perkaitan yang negatif signifikan antara penilaian kualiti laman web agens-agensi pertanian dengan jangkamasa menggunakan internet dan antara penilaian kualiti laman web agensi-agensi pertanian dengan kekerapan menggunakan laman web agensi-agensi pertanian. Oleh yang demikian, agensi-agensi pertanian haruslah mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi kualiti laman web masing-masing agar kewujudannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyumbang kepada peningkatan produktiviti sektor pertanian negara.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/5830
    Collections
    • Conference Papers [2597]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback