Model simulasi di dalam permainan board game: satu pendekatan pembelajaran inovatif di IPTA
Date
2012-03-29Author
Shanizan Herman, Mohd Radzi
Mohammad Zukuwwan, Zainol Abidin
Mazlan, Mohd Sappri
Asif Zamri, Zainol
Metadata
Show full item recordAbstract
Prestasi pelajar Melayu di dalam kursus pelabuhan adalah jauh ketinggalan berbanding prestasi pelajar dari keturunan yang lain. Ini adalah disebabkan kursus ini adalah bersifat aplikasi di mana pelajar perIu memahami konsep asas yang diterangkan di dalam kuliah. Kebanyakan pelajar Melayu lebih cenderung menghafal konsep-konsep ini dan akhimya mereka gagal menterjemahkannya kepada aplikasi sebenar yang seharusnya dikuasai. Kaedah pengajaran tradisional iaitu secara syarahan dan pembelajaran melalui nota kuliah untuk kursus pengurusan pelabuhan boleh diterapkan dengan idea pembelajaran aktif yang memberi tumpuan kepada menggalakkan
penemuan pengetabuan oleh pelajar melalui alat dan kaedah pembelajaran yang lebih
inovatif. Salah satu alat pembelajaran inontif yang boleh digunakan di dalam kuliah
ialah board game. Tumpuan kajian ini ialah membangunkan model aliran proses hasil
daripada pemerhatian aktiviti pelabuhan sebenar yang berlaku, uji main board game
yang berada di pasaran serta merekabentuk mekanisme permainan yang selari dengan
silibus kursus yang diguna pakai oleh pensyarah di dalam pengajaran. Di akhir kajian, sebuah prototaip board game bertemakan aktiviti pelabuhan akan terhasil dengan harapan dapat digunakan sebagai medium informasi alternatif kepada pemain iaitu
pelajar untuk memahami setiap proses yang berlaku seterusnya menguasai mata pelajaran berkaitan yang diambil.
Collections
- Conference Papers [2600]