Pengukuran prestasi sumber elektronik di Malaysia: Pengalaman Malaysian Online E-Resources Consortium (MOLEC)
Abstract
Bermula dengan Jawatankuasa Pangkalan Data Komersil (JKPD) di bawah
naungan Persidangan Perpustakaan Universiti dan Negara (PERPUN) dan
kini dijenamakan sebagai Malaysian Online E-Resources Consortium
(MOLEC) pada tahun 2010. MOLEC yang dianggotai oleh pustakawan bahan
bersiri IPTA dan IPTS di Malaysia memainkan peranan penting dalam
pengurusan langganan secara konsortium untuk manfaat perpustakaan
akademik dan penyelidikan di Malaysia. Jawatankuasa ini melaksanakan
pelbagai aktiviti dan program penandaarasan (benchmarking) bagi mencapai
matlamat keberkesanan kos langganan. Ini selaras dengan peningkatan
peruntukan kos langganan kepada sumber elektronik meliputi jurnal, buku
dan tesis dalam format berkenaan. Perkembangan aliran terhadap penerbitan
elektronik secara global merupakan peluang dan cabaran yang perlu
ditangani secara berkesan oleh perpustakaan akademik di Malaysia.
Perkembangan ini menuntut pelbagai pendekatan dalam pengukuran prestasi
sumber elektronik. Hasil penilaian digunakan sebagai input dalam proses
membuat keputusan sama ada untuk langganan individu ataupun konsortium.
Collections
- Conference Papers [2600]