Makna tanpa kata-kata: peranan bahasa badan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Loading...
Date
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Perlis
Abstract
Kemahiran komunikasi yang berkesan menjadi teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p & p). Pendidik dan pelajar yang dapat berkomunikasi dengan baik dapat mewujudkan suasana p & p yang menyeronokkan. Kajian ini meninjau aspek utama dalam komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan dengan memberi tumpuan kepada aspek komunikasi bukan lisan. Hal ini kerana komunikasi bukan lisan dilihat sangat penting dalam komunikasi apabila dapat menyampaikan makna yang lebih berkesan berbanding komunikasi lisan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pelajar dapat menggabungkan elemen komunikasi bukan lisan bersama-sama dengan komunikasi lisan walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Pengkaji melihat kajian ini penting supaya golongan pendidik dapat menggunakan segala kelemahan yang digali ini untuk mencari langkah yang lebih efektif bagi meningkatkan tahap komunikasi dalam proses p & p.
Description
Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 2014), 14th-16th Feb 2014 was held at Hydro Hotel, Penang organized by Centre for International Languages, Universiti Malaysia Perlis.
Keywords
Komunikasi lisan, Komunikasi bukan lisan, Bahasa badan
