Show simple item record

dc.contributor.authorMimi Mohaffyza, Mohamad
dc.contributor.authorChe Munira, Che Razali
dc.date.accessioned2010-08-25T01:44:24Z
dc.date.available2010-08-25T01:44:24Z
dc.date.issued2009-06-20
dc.identifier.citationp.613-623en_US
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/9070
dc.descriptionMUCEET 2009 is organized by Malaysian Technical Universities Network (MTUN) comprising of Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Melaka (UTeM) and Universiti Malaysia Pahang (UMP), 20th - 22nd June 2009 at M. S. Garden Hotel, Kuantan, Pahang.en_US
dc.description.abstractKeperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya perubahan persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Polisi PSH adalah sebahagian usaha kerajaan Malaysia untuk pelaburan terhadap rakyat. Pembangunan sumber manusia berterusan untuk mengekalkan strategi utama memastikan tenaga pekerja di Malaysia mampu bersaing di peringkat global. PSH menjadi wacana kepada latihan pendidikan untuk meningkatkan prestasi, kerja dan pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu. Fokus terhadap pengisisan PSH di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji keperluan PSH dalam kalangan tenaga pengajar di institut latihan kemahiran di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kemahiran sedia ada tenaga pengajar sama ada sesuai atau tidak dengan kehendak industri, mengenalpasti latihan yang diperlukan, mengkaji hubungan yang signifikan terhadap perlaksanaan PSH untuk meningkatkan kemahiran teknikal tenaga pengajar dan berdasarkan daripada keperluan-keperluan yang dianalisis satu profil PSH akan dihasilkan. Kajian akan dijalankan di dua buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dalam bidang kemahiran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan PSH di institut berkenaan dan hasil dari maklumbalas dan dokumen-dokumen yang diperolehi satu profil PSH khusus untuk tenaga pengajar kemahiran akan dibangunkan. Teori perlaksanaan PSH oleh Micheal dan Diane yang telah diubahsuai dari mengikut kesesuaian kajian akan digunakan sebagai panduan pembangunan profil ini di samping data-data uyang diperolehi dari institut kemahiran yang dipilih sebagai lokasi kajian. Sesi temubual, dokumen analisis dan edaran soal selidik adalah instrumen yang akan digunakan untuk membangunkan item-item profil PSH bagi tenaga pengajar institut latihan kemahiran.en_US
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Pahang (UMP)en_US
dc.relation.ispartofseriesProceedings of the Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCEET) 2009en_US
dc.subjectPembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)en_US
dc.subjectSumber manusiaen_US
dc.subjectInstitut latihan kemahiranen_US
dc.subjectMalaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCEET)en_US
dc.titleKeperluan pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysiaen_US
dc.typeWorking Paperen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record