Keperluan pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia
Abstract
Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan ekonomi,
kemajuan teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya perubahan
persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah kombinasi
proses pembelajaran secara berterusan di mana seluruh individu dan minda melalui
situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Polisi
PSH adalah sebahagian usaha kerajaan Malaysia untuk pelaburan terhadap rakyat.
Pembangunan sumber manusia berterusan untuk mengekalkan strategi utama memastikan
tenaga pekerja di Malaysia mampu bersaing di peringkat global. PSH menjadi wacana
kepada latihan pendidikan untuk meningkatkan prestasi, kerja dan pengetahuan,
kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu. Fokus terhadap pengisisan PSH di
dalam kajian ini adalah untuk mengkaji keperluan PSH dalam kalangan tenaga pengajar
di institut latihan kemahiran di Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis
kemahiran sedia ada tenaga pengajar sama ada sesuai atau tidak dengan kehendak
industri, mengenalpasti latihan yang diperlukan, mengkaji hubungan yang signifikan
terhadap perlaksanaan PSH untuk meningkatkan kemahiran teknikal tenaga pengajar dan
berdasarkan daripada keperluan-keperluan yang dianalisis satu profil PSH akan
dihasilkan. Kajian akan dijalankan di dua buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) yang menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil, diploma dan diploma
lanjutan dalam bidang kemahiran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan
PSH di institut berkenaan dan hasil dari maklumbalas dan dokumen-dokumen yang
diperolehi satu profil PSH khusus untuk tenaga pengajar kemahiran akan dibangunkan.
Teori perlaksanaan PSH oleh Micheal dan Diane yang telah diubahsuai dari mengikut
kesesuaian kajian akan digunakan sebagai panduan pembangunan profil ini di samping
data-data uyang diperolehi dari institut kemahiran yang dipilih sebagai lokasi kajian. Sesi
temubual, dokumen analisis dan edaran soal selidik adalah instrumen yang akan
digunakan untuk membangunkan item-item profil PSH bagi tenaga pengajar institut
latihan kemahiran.
Collections
- Conference Papers [2600]