Konsep dan praktis nilai-nilai murni dalam cerminan kemanusiaan
View/ Open
Date
2022Author
Alias, Azhar
Shuhairimi, Abdullah
Mohamad Khairi, Othman
Metadata
Show full item recordAbstract
Konsep dan praktis nilai-nilai murni dalam cerminan kemanusiaan memerihalkan pengertian dan pemahaman berkaitan falsafah, prinsip dan konsep nilai-nilai murni secara universal yang dikupas dalam konteks kemanusiaan. Secara umumnya, Islam mempunyai kerangka yang tersendiri dalam mengetengahkan konsep nilai-nilai murni kemanusiaan. Pada pandangan ajaran Islam, konsep tersebut perlu difahami melalui pengalaman dan pemikiran manusia yang rasional serta dipandu melalui kerangka wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Secara umumnya, buku ini mengetengahkan keperluan penerapan nilai murni dalam pendidikan dan nilai-nilai peribadi asas dalam perkhidmatan awam berfokus kepada konsep dan pendekatan yang berkesan. Meskipun telah ada buku-buku berkaitan nilai-nilai murni, namun perbahasan dan perbincangan buku ini adalah untuk memberi gambaran yang mudah dan jelas kepada para pembaca berkaitan keperluan dan kepentingan serta falsafah di sebalik perlaksanaan nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia. Mudah-mudahan buku ini bakal menjadi rujukan asas kepada para pendidik dan guru serta penjawat awam dalam merealisasikan usaha penghayatan nilai-nilai dalam kerjaya dan kehidupan harian.
Collections
- Books [132]