Kesan penambahan tanah liat nano tehadap kegagalan lenturan komposit Aluminium-Poliuretana
Date
2007Author
Fairuz, Zainuddin
Sahrim, Ahmad
Syed Nuzul Fadli, Syed Adam
Metadata
Show full item recordAbstract
Dalam kajian ini, komposit sandwich aliminium-poiuretana diperolehi menggunakan kaedah in-situ dimanapelekatan kepingan aluminium kepada matrik busa poliuretana dilakukan serentak dengan penghasilan polimer. Kaedah ini didapati dapat menghasilkan sampel komposit sandwich yang lebih baik dan menjimatkan masa berbanding kaedah konvensional lain. Dua jenis komposit sandwich dihasilkan iaitu komposit aluminium-poliuretana dan aluminium-poliuretana-tanah liat dimana tanah liat bertindak sebagai bahan pngisi. Analisis keringtangan lenturan dijalankan terhadap semua sampel yang dihasilkan. Komposit sandwich tersebut didapati mengalami mod kegagalan yang berbeza dengan pertambahan kandungan tanah liat nano tersebut.