Show simple item record

dc.contributor.authorAmiruddin, Arman
dc.contributor.authorShaiful Bahri, Md. Radzi
dc.date.accessioned2020-12-23T03:09:19Z
dc.date.available2020-12-23T03:09:19Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 59-70en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69108
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractPoligami isu sensitif dalam perkahwinan. Pelaksanaannya boleh membawa kepada kebaikan dan juga keburukan dalam sesebuah kekeluargaan. Sebagai agama yang sempurna, Islam turut meletakkan syarat-syarat tertentu bagi kaum lelaki yang ingin berpoligami. Hikmahnya, kesucian sesebuah hubungan dan nasab keturunan dapat dipelihara. Meskipun begitu, poligami boleh menjurus ke arah timbulnya pergolakan dalam kehidupan berkeluarga. Perkara ini berpunca daripada sikap pengabaian peraturan Islam dalam berpoligami. Natijahnya, wujudlah pelbagai isu yang menimpa sesebuah hubungan keluarga seperti perceraian, pembunuhan, perebutan harta dan sebagainya. Hal sebegini turut ditemukan dalam naskhah Hikayat Seri Kelantan. Sebagai nakshah sastera sejarah, Hikayat Seri Kelantan menceritakan sejarah kehidupan keluarga golongan raja di Kelantan. Lebih menarik lagi, pada awal hikayat ini mengisahkan peristiwa berkenaan isu poligami menerusi kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah. Melalui watak Raja Abdullah, diperlihatkan sikapnya yang tidak berlaku adil menyebabkan punca kepada keruntuhan rumah tangga beliau. Secara tidak langsung, tindakan ini memberi kesan kepada Puteri Saadong sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman. Kisah ini mengemukakan keburukan berpoligami apabila seseorang tidak menjadikan aturan Islam sebagai asas panduan. Pada hakikatnya, poligami diharuskan untuk mengeratkan lagi pertalian kekeluargaan. Namun, sikap ketidakadilan individu yang berpoligami menjurus kepada perpecahan dalam hubungan kekeluargaan. Malah ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap masyarakat kepada amalan tersebut, Dengan menggunakan pendekatan Islam, makalah ini akan meneliti kes poligami dalam kisah ini menerusi tiga isu, iaitu dendam, pembahagian tempat tinggal serta pengurusan harta. Perkara ini dilihat turut berlaku dalam kehidupan masyarakat kini yang mengamalkan poligami. Justeru, kisah ini dapat dijadikan sebagai sebuah teladan kepada generasi kini bertepatan dengan fungsi genre tersebuten_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectPoligamien_US
dc.subjectPuteri Saadongen_US
dc.subjectHikayat Seri Kelantanen_US
dc.subjectSastera sejarahen_US
dc.subjectKekeluargaanen_US
dc.titleKes Poligami: suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullahen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlamiruddinarman@gmail.comen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record