• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Kes Poligami: suatu teladan berdasarkan kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (864.6Kb)
    Date
    2019
    Author
    Amiruddin, Arman
    Shaiful Bahri, Md. Radzi
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Poligami isu sensitif dalam perkahwinan. Pelaksanaannya boleh membawa kepada kebaikan dan juga keburukan dalam sesebuah kekeluargaan. Sebagai agama yang sempurna, Islam turut meletakkan syarat-syarat tertentu bagi kaum lelaki yang ingin berpoligami. Hikmahnya, kesucian sesebuah hubungan dan nasab keturunan dapat dipelihara. Meskipun begitu, poligami boleh menjurus ke arah timbulnya pergolakan dalam kehidupan berkeluarga. Perkara ini berpunca daripada sikap pengabaian peraturan Islam dalam berpoligami. Natijahnya, wujudlah pelbagai isu yang menimpa sesebuah hubungan keluarga seperti perceraian, pembunuhan, perebutan harta dan sebagainya. Hal sebegini turut ditemukan dalam naskhah Hikayat Seri Kelantan. Sebagai nakshah sastera sejarah, Hikayat Seri Kelantan menceritakan sejarah kehidupan keluarga golongan raja di Kelantan. Lebih menarik lagi, pada awal hikayat ini mengisahkan peristiwa berkenaan isu poligami menerusi kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah. Melalui watak Raja Abdullah, diperlihatkan sikapnya yang tidak berlaku adil menyebabkan punca kepada keruntuhan rumah tangga beliau. Secara tidak langsung, tindakan ini memberi kesan kepada Puteri Saadong sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman. Kisah ini mengemukakan keburukan berpoligami apabila seseorang tidak menjadikan aturan Islam sebagai asas panduan. Pada hakikatnya, poligami diharuskan untuk mengeratkan lagi pertalian kekeluargaan. Namun, sikap ketidakadilan individu yang berpoligami menjurus kepada perpecahan dalam hubungan kekeluargaan. Malah ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap masyarakat kepada amalan tersebut, Dengan menggunakan pendekatan Islam, makalah ini akan meneliti kes poligami dalam kisah ini menerusi tiga isu, iaitu dendam, pembahagian tempat tinggal serta pengurusan harta. Perkara ini dilihat turut berlaku dalam kehidupan masyarakat kini yang mengamalkan poligami. Justeru, kisah ini dapat dijadikan sebagai sebuah teladan kepada generasi kini bertepatan dengan fungsi genre tersebut
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69108
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback